PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2.0, SK PENGKALAN JAYA, 2024/2025

PROGRAM TRANSISI TAHUN 1


SK Pengkalan Jaya telah melancarkan Program Transisi Tahun 1 bagi sesi persolahan 2024/2025 pada hari Jumaat 15 Mac 2024 yang lalu. Dengan bertemakan Alam Rimba, guru-guru memakai kostum yang bersesuaian untuk menghiburkan dan menarik minat murid-murid ke sekolah. Gimik pelancaran telah dijayakan oleh guru-guru Tahun 1.

Program ini bertujuan untuk membantu pelajar baru menghadapi perubahan dalam keadaan transisi dan pendidikan tidak formal di rumah atau di PraSekolah ke arah pendidikan yang lebih formal di tahun 1 sekolah rendah. Program ini memastikan semua pelajar tahun 1 yang datang dari pelbagai latarbelakang dan pengalaman yg berbeza memulakan proses pembelajaran mereka di tahun 1 yang sama. 

Ia dirancang supaya proses pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar dan dalam masa yang sama pelajar dapat mengikuti pembelajaran dalam suasana yang gembira.


Objektif PTTS 2.0

Objektif pelaksanaan PTTS 2.0 adalah bertujuan untuk:

 • Membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan di rumah atau tadika kepada pendidikan formal di Tahun 1.

 • Membantu murid menyesuaikan diri dan membina keyakinan diri dalam pembelajaran seterusnya.

 • Memberi penekanan dalam aspek sosio emosi, kognitif, dan jasmani yang merangkumi pengetahuan, kemahiran, dan nilai.

 • Membina hubungan antara murid dengan rakan sebaya dan guru.

 • Membantu murid mengurus diri sendiri.

 • Meningkatkan keyakinan murid dan membentuk sikap positif dana interaksi sosial serta penyediaan untuk pembelajaran seterusnya.


Pelaksanaan PTTS 2.0

Pelaksanaan program ini akan dilaksanakan 4 minggu pertama persekolahan melibatkan 2 fasa iaitu:

1) Fasa Penyesuaian

 • Fasa ini dilaksanakan selama 2 minggu mengikut peruntukan waktu sehari yang ditetapkan.

 • Fasi ini merangkumi aktiviti suai kenal, aktiviti fizikal, aktiviti rutin, aktiviti pembelajaran, perbualan awal dan rehat.

 • Pelaksanaan ini melibatkan pelbagai kaedah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) menggunakan item dalam Senarai Semak Kesediaan Murid.

2) Fasa Kesediaan

 • Pelaksanaan fasa ini adalah selama 2 minggu mengikut jaduan Tahun 1.

 • Pelaksanaan adalah melibatkan pelaksanakan oleh guru mata pelajaran.

 • Guru memilih tema mengikut minat, latar belakang dan persekitaran murid Merancang pengajaran dan pembelajaran (PdP) terbeza berdasarkan tahap kesediaan murid dan kreativiti guru.

 • Guru melaksanakan pelbagai kaedah PBD.

 • Guru akan memastikan murid menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperlukan untuk pembelajaran seterusnya.


Foto-foto sepanjang program:














#skpjdihati
#SKPJMovingForward

Previous Post Next Post