SEJARAH DAN LAGU SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN JAYA, TASEK GELUGOR, PULAU PINANG


Profil SK Pengkalan Jaya



 Sejarah Sekolah 

Sekolah ini mula beroperasi pada tahun 2001 dengan nama Sekolah Kebangsaan Pengkalan Jaya.  Nama Pengkalan Jaya diilhamkan oleh Guru Besar pertama sekolah ini sempena gabungan nama tempat dan konsep kejayaan menyeluruh.  Motif ini diabadikan pada lambang lencana sekolah dengan huruf bingkai PJ.  Pada asalnya sekolah ini dinamakan dengan Sekolah Kebangsaan Tasek Gelugor II kerana pada peringkat perancangan awal SKTG yang berada di Jalan Besar Tasek Gelugor akan berpindah ke sini sepenuhnya.  Sehubungan dengan ini pada peringkat permulaannya semua urusan mesyuarat dan perundingan dikendalikan oleh En. Aboo Hassan b. Ahmad selaku Guru Besar Sek. Keb. Tasek Gelugor.

             

      Namun begitu pada 08 November 2000 suatu mesyuarat khas telah diadakan di Pejabat Pendidikan Daerah Utara & Tengah bersama semua guru yang terpilih untuk ditempatkan ke SKPJ sebagai kumpulan pertama yang meneroka sekolah baru ini.  Ianya terdiri daripada Haji Abdul Rahman b. Haji Jamaludin - Guru Besar, En. Noor Azhar b. Haji Mansor – Penolong Kanan Pentadbiran, Haji Sabri b. Haji Sulaiman – Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En. Mohd Fuaad b. Ismail – Penolong Kanan Kokurikulum, bersama tenaga pengajar 17 orang guru dan seorang Pembantu Tadbir serta seorang Pembantu Am Rendah.  Memandangkan sekolah ini muncul secara 'tiba-tiba' maka pada tahun 2001 banyak kemudahan yang tidak lengkap tetapi dibekalkan secara beransur-ansur.  Persekitaran lokasi sekolah kosong kerana tiada peruntukan landskap.  Sebanyak 11 buah kelas dibuka dan beroperasi bermula dari Tahun 1 hingga Tahun 4 sahaja dengan bilangan pelajar seramai 384 orang yang dipindahkan sebahagian besarnya dari Sek. Keb. Tasek Gelugor dan selebihnya dari Sek. Keb. Padang Menora berdasarkan alamat terdekat. Tahun 1 (3 kelas), Tahun 2 (3 kelas), Tahun 3 (2 kelas) dan Tahun 4 (3 kelas).

             

      Berikut adalah beberapa rentetan tentang latar belakang pembinaan struktur bangunan sekolah. Kontraktor yang bertanggungjawab ialah Kejora Aman Sdn. Bhd. beralamat di 171 & 172, Kompleks Alor Setar, Lebuh raya Darulaman, 05100 Alor Setar.  Harga kontrak asal ialah RM3,282,918.00.  Tarikh milik tapak bina ialah 0 1 M a c 1999 manakala tarikh mula kerja sebenar ialah pada 04 Mac 1999.  Tarikh siap bagi semua kerja ialah 16 Mac 2000 – (72 minggu).  Tempoh lanjutan pertama sehingga 16Disember 2000 dengan polisi 99 EAS 000014 tempoh kuatkuasa dari 01 Mac 1999 sehingga 16 Julai 2001.  Kerja-kerja penyelenggaraan asas oleh kontraktor utama berjalan sehingga April 2001.  Persatuan Ibu Bapa dan Guru berjaya ditubuhkan dengan jawatankuasanya diterajui oleh Haji Abu Bakar b. Mansor selaku Yang Dipertua.

 

Bagaimanakah SKPJ mendapat nama?

Pada 30 Oktober 2000, hari Isnin jam pagi pagi bertempat di tingkat 9, bilik mesyuarat JPN, satu mesyuarat penyelarasan dan penyelenggaraan untuk sekolah baru telah dibuat antara juruteknik dan ppiihak kontraktor pembinaan sekolah baru. Pertukaran nama daripada Sekolah Kebangsaan Tasek Gelugor II kepada Sekolah Kebangsaan Pengkalan Jaya, 13300 Tasek Gelugor, Seberang Perai (U) telah dipersetujui oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri dalam mesyuarat berkenaan.

 

Senarai Nama Guru Besar dan Tempoh Perkhidmatan

1. Haji Abdul Rahman bin Haji Jamaludin (1 Januari 2001 - 1 Januari 2003)

2. Haji Hassan bin Haji Ahmad (1 Februari 2003 - 16 November 2003)

3. Encik Mohamad Abass bin Roslan (16 November 2003 – 1 Julai 2004)

4. Encik Saidin bin Hamid (1 Julai 2004 – 1 Mac 2008)

5. Hajah Siti Rohani binti Ismail (1 Mac 2008 – 10 April 2013)

6. Puan Sabariah binti Adam (10 April 2013 - 28 Oktober 2016 )

7. Encik Azman bin Abdullah (16 Januari 2017 - 12 Oktober 2018)

8. Encik Rashidi bin Md Arshad (25 Oktober 2018 - sekarang)

 
LAGU SEKOLAH



VISI DAN MISI


SKPJ 2023







#skpjdihati





 



Previous Post Next Post