KARNIVAL KOKURIKULUM, HAL EHWAL MURID DAN HARI KANAK-KANAK, SK PENGKALAN JAYA 2023

KARNIVAL KOKURIKULUM, HAL EHWAL MURID DAN HARI KANAK-KANAK


Ayuh semua, sama-sama kita meriahkan Karnival Keusahawanan SKPJ 2023. Pelbagai makanan, permainan, aktiviti serta info-info menarik kami sajikan buat anda semua. Jangan lepaskan peluang keemasan ini!

Antara gerai makanan dan minuman yang akan menyajikan hidangan yang pastinya membuat anda termimpi-mimpi!
Booth BKGS 

Booth Rezeki HN

Booth Kak Ida

Antara aktiviti yang akan berlangsung pada hari tersebut.
Jom rasai pengalaman kejar dan tangkap ayam. Pasti akan  menjadi pengalaman yang tak dapat dilupakan buat anda.


Yang gemar berkaraoke, ayuh ke booth Karaoke Sempoi. Pelbagai lagu menarik dan trending boleh anda nyanyikan sebagai hiburan semua.

Tak lupa juga disediakan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat untuk anak-anak SKPJ. Belajar sambil bermain dan santai.

Acara Kemuncak Cabutan Bertuah


Hadiah utama pun dah sampai hari ni. Lawa baq ang beskat niii...

Mai, mai ajak satu kampung mai nahh... banyak lagi hadiah cabutan bertuah yang awsome disediakan untuk anda.

Booth-booth yang akan beroperasi pada karnival kali ini.


Jom, jom semua. Set dalam kalendar masing-masing ya, Sabtu 9 Dis, jam 7.30 pagi. Ayuh sama-sama tularkan karnival ini kepada rakan taulan anda semua. Alumni SKPJ, jalankan  tanggungjawab anda. Let's goooo...

Nak dengar Mak Iti celoteh, tonton video bawah ni:


#skpjdihati
#harikokurikulum&halehwalmurid
#harikeusahawananskpj2023

Previous Post Next Post