PELANCARAN DUTA SAHSIAH PEMANGKIN PEMBENTUKAN KARAKTER KARAMAH INSANIAH SK PENGKALAN JAYA, 2023

PELANCARAN DUTA SAHSIAH SK PENGKALAN JAYA, 2023


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melancarkan Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah Insaniah dalam pembentukan adab, akhlak dan integriti pelajar di negara ini.

Melalui inisiatif itu, setiap sekolah akan melantik duta sahsiah terdiri daripada kalangan pelajar dan menjadi suri teladan yang tinggi nilai sahsiahnya serta berkeperibadian mulia.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Sektor Pembangunan Profesionalisme, Shafruddin Ali Hussin berkata, pimpinan pelajar dipilih sebagai duta kerana mereka lebih rapat dan mengenali antara satu sama lain.

Mereka juga diharap akan membantu memberi kefahaman kepada rakan-rakan berkaitan kesan salah laku buli dan salah laku seksual.

Menyahut seruan KPM, SK Pengkalan Jaya juga tidak ketinggalan untuk melancarkan program tersebut pada hari Selasa 31 Oktober 2023 yang lalu. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Pegawai Perhubungan Sekolah, Sarjan Nurliana dan Pn Mahfuzoh binti Megat Halim, wakil PIBG. Majlis ini telah dirasmi kan oleh Pn Rohayu binti Ali Musa, Guru Besar SK Pengkalan Jaya.

Murid-murid disambut oleh Pegawai Perhubungan Sekolah dan guru-guru di pintu masuk utama.





Acara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Untuk Negeri Kita, SKPJ di Hati dan bacaan doa oleh Ustaz Muhammad Azizul Imran bin Salamon.





Ucapan Pegawai Perhubungan Sekolah



Ucapan Perasmian oleh Pn Rohayu binti Ali Musa, Guru Besar, SK Pengkalan Jaya



Gimik Pelancaran disempurnakan oleh Pn Rohayu binti Ali Musa, Guru Besar, SK Pengkalan Jaya






Penyampaian Button Badge kepada 31 orang DUTA SAHSIAH SKPJ.






Majlis berakhir dengan jayanya. Semoga dengan pelantikan DUTA SAHSIAH SKPJ ini dapat menjadi contoh dan melahirkan lebih ramai murid SKPJ yang berakhlak mulia, berbudi bahasa dan cemerlang dalam semua bidang.

Foto-foto sekitar majlis berlangsung.




















Kupasan lanjut bersama wartawan bertugas di 



#skpjdihati
#dutasahsiahskpj2023
#pengkalanjayachannel

Previous Post Next Post