PELAKSANAAN MINGGU SOLIDARITI PALESTIN SK PENGKALAN JAYA

PELAKSANAAN MINGGU SOLIDARITI PALESTIN DI INSTITUSI PENDIDIKAN BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyahut pendirian kerajaan Malaysia untuk terus bersama-sama mempertahankan hak dan kebebasan rakyat Palestin. Sokongan ini adalah satu bentuk solidariti terhadap nilai kemanusiaan yang mementingkan kedamaian dan keamanan sejagat. 

          Dalam masa yang sama kemajuan teknologi media dan komunikasi pada hari ini menyebabkan murid-murid terdedah kepada pelbagai jenis kandungan termasuk yang berkaitan dengan konflik antarabangsa dan krisis kemanusiaan. Pelaksanaan intervensi diperlukan untuk memberi pencerahan kepada murid-murid berkenaan perkara ini. 

        Justeru, mengambil kira perkembangan situasi semasa, KPM melaksanakan Minggu Solidariti Palestin bermula pada 29 Oktober hingga 3 November 2023. Program ini melibatkan semua institusi pendidikan bawah KPM iaitu sekolah, Kolej Vokasional, Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru seluruh negara. 

    Program ini bertujuan mendidik murid-murid nilai-nilai manusiawi yang turut merangkumi hak asasi manusia dan sifat ihsan. Ini termasuk sikap empati dan keprihatinan terhadap penderitaan yang dialami individu lain tanpa mengira bangsa, agama atau status sosial.

PELAKSANAAN MINGGU SOLIDARITI PALESTIN SK PENGKALAN JAYA

    SK Pengkalan Jaya turut melaksanakan Minggu Solidariti Palestin pada hari Jumaat 29 Oktober 2023. Majlis dimulai dengan bacaan Yassin bagi memohon kerahmatan dan keselamatan buat penduduk Palestin yang kini diancam peperangan. 







       Seterusnya Pn Rohayu binti Ali Musa, Guru Besar SK Pengkalan Jaya dijemput untuk menyampaikan ucapan sempena Pelancaran Minggu Solidariti Palestin SKPJ.



    Gimik pelancaran adalah acara Derma Kemanusiaan kepada penduduk Palestin yang kini dilanda peperangan. Pn Guru Besar dan barisan Penolong Kanan diminta untuk menyampaikan sumbangan ke dalam tabung Palestin yang disediakan seterusnya diikuti oleh para guru dan murid.









      Majlis diteruskan dengan tayangan video keadaan penduduk Palestin terkini yang bertujuan supaya murid-murid merasai kesengsaraan yang ditanggung oleh kanak-kanak di Palestin seterusnya menghargai kesenangan yang mereka miliki sekarang.



Murid-murid menyanyi bersama-sama sebagai tanda menyokong program ini.

 
        Majlis berakhir dengan acara sesi fotografi bersama tabung Derma Palestin.


Foto-foto sekitar majlis berlangsung.




















Bersama wartawan bertugas untuk kupasan berita selanjutnya di:
https://youtu.be/2LjGrHgjUWk?feature=shared


#skpjdihati
#savegaza
#freepalestine
Previous Post Next Post