PROGRAM RIANG RAYA RAYA PPKI SK PENGKALAN JAYA 2023

 

PROGRAM RIANG RAYA RAYA PPKI SKPJ 2023


Pada 12 April 2023 yang lalu, warga PPKI telah mengadakan Program Ria Raya (Riang Riuh Raya). Murid ,  guru serta PPM PPKI telah menyediakan 2 jenis kuih untuk menyambut hari raya yang bakal tiba. Murid PPKI diajar membuat Kek Batik dan Biskut Conflakes.



Tujuan utama kami membuat program ini adalah untuk:

i)  Meraikan anak-anak syurga ini ketika hampirnya hari raya. 

ii) Menanamkan sikap ingin membantu ketika di sekolah, di rumah mahupun di mana-mana. 

iii)Menanamkan minat dalam  pembuatan kek dan biskut

 Murid diajar menyediakan, mencampurkan dan memasak bahan campuran untuk membuat kek batik. Murid dari Kelas Intan dan Berlian terpilih untuk menyediakan semuanya sehinggan selesai.


Proses membuat kek batin perlu dilakukan dengan cermat dan berhati-hati. Kek batik perlu ditekan dengan rapat di dalam bekas yang telah disediakan. Kebersihan dan kekemasan juga dititikberatkan supaya keadaan kek batik nampak cantik.



Semasa penyediaan Biskut Conflakes, murid-murid diberi penerangan untuk meletakkan conflakes di dalam acuan mengikut kuantiti yang diminta. Begitu juga dengan coklat rice. Biskut ini dibakar mengikut suhu yang telah ditetapkan supaya tahan dan rangup.


Murid begitu teruja membuat biskut ini kerana ia adalah salah satu biskut kegemaran mereka semua. Murid-murid memastikan keadaan tray bersih sebelum mereka menyusun acuan untuk meletakkan conflakes yang telah diadun.

 



Conflakes dihancurkan sedikit sebelum dicampur dengan bahan yang telah dimasak. Murid menyusun acuan di dalam tray satu persatu. Kadang-kadang terdapat acuan yang melekat lebih dari 1. Murid perlu memastikan acuan kertas ini tidak melekat.



Murid menggunakan sudu untuk meletakkan campuran conflakes tadi. Selesai meletakkan conflakes di dalam acuan, mereka akan meletakkan coklat rice pula. Proses meletakkan coklat rice juga dilakukan dengan berhati-hati supaya tidak diletakkan terlalu banyak. Sebagai hiasan, hanya diperlukan sedikit sahaja.






Selepas selesai semuanya, biskut conflakes dibakar dengan suhu tertentu dan dimasukkan ke dalam bekas kedap udara setelah sejuk.


Sebagai tanda kenangan, guru besar menyampaikan biskut raya yang telah siap dihasilkan oleh murid PPKI SKPJ untuk hidangan berbuka ataupun simpan sehingga tiba Hari Raya AidilFitri. Adalah menjadi harapan pihak sekolah agar program seumpama ini dapat memberi pengalaman yang bermakna kepada anak-anak PPKI SKPJ.

Disediakan oleh Cikgu Azian.


#skpjdihati





Previous Post Next Post