PROGRAM BULAN KESEDARAN AUTISME PPKI SK PENGKALAN JAYA 2023 #skpjdihati

 PROGRAM BULAN KESEDARAN AUTISME PPKI, SK PENGKALAN JAYA

Pada 3 April 2023 yang lalu telah diadakan Program Bulan Kesedaran Autisme Peringkat Sekolah SK Pengkalan Jaya yang diadakan di Dewan Aula Bestari dan telah dirasmikan oleh En Ahmad Shuib Bin Musa Penolong Pegawai Pendidikan Khas PPD, SPU merangkap pegawai PROSA SK Pengkalan Jaya. Tema biru diguna pakai mengambil kira warna Autisme Peringkat Dunia.

 



Terdapat gimik perasmian yang menarik, iaitu bunting dibawa melalui udara dengan iringan bunyi helikopter. Setelah bunting diletakkan oleh Tn, Hj Azizi Bin Samsuddin (Penolong Kanan, Pendidikan Khas), ketulan ais diketuk yang diletakkan gunting di dalamnya. Gunting tersebut diserahkan oleh Tuan Guru Besar, En Rashidi bin Md Arshad kepada En Ahmad Shuib Bin Musa untuk upacara memotong tali bunting. Anak-anak SK Pengkalan Jaya amat teruja menyaksikan persembahan gimik yang disajikan. Gimik juga dimeriahkan lagi dengan penyusunan puzzle oleh En Rashidi bin Md Arshad dan En Ahmad Shuib Bin Musa sebagai simbolik kepada simbol Autisme itu sendiri.


 Tujuan utama diadakan Program Bulan Kesedaran Autisme adalah:

                      i.        Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran masyarakat khususnya komuniti di sekolah tentang ciri-ciri dan keistimewaan kanak-kanak autisme

                    ii.         Menghargai personailiti kanak-kanak autisme.

                   iii.        Sokongan moral kepada kanak-kanak autisme dan ahli keluarga khususnya ibu bapa agar sentiasa positif membantu memperkembangkan potensi diri anak autisme.


Pada hari tersebut juga, murid-murid Autisme seramai 20 orang diraikan dengan disematkan pin biru sebagai simbolik kehadiran mereka di SK Pengkalan Jaya. Sesi bergambar turut diadakan sebagai tanda kenang-kenangan.

           

Bicara Santai yang dikendalikan oleh Puan Zaidatul Huda Binti Mohd Sani (Penyelaras Program Autisme) berkaitan dengan Autisme dan ciri-cirinya didedahkan kepada guru-guru dan murid-murid SK Pengkalan Jaya. Turut diselitkan kuiz pengetahuan am tentang autisme yang menarik dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid-murid dan guru-guru SK Pengkalan Jaya.




Diharapkan program seumpama ini dapat mendidik warga sekolah tentang kehadiran murid-murid autisme ini, agar diri mereka dihargai, disokong dan diterima oleh setiap lapisan masyarakat tanpa rasa disisihkan. Program berlangsung dengan jayanya dan berakhir kira-kira jam 9.00 pagi.

Gambar-gambar sekitar program berlangsung. 














#skpjdihati
#ppkiskpj


   

Previous Post Next Post