PENYERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN KPM 2023

 PENYERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN SKPJ 2023




SKPJ Meriah. Semalam 18 Jan 2023, telah diadakan Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan kepada seluruh murid SKPJ yang menjangkau hampir seribu orang murid. Sepertimana yang diarahkan, program berlangsung tepat jam 11.00 pagi. Ibu bagi yang datang perlu hanya dibenarkan masuk apabila tiba waktunya untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini. Setiap kelas telah bersedia untuk menerima kedatangan para ibu bapa. 

    Sambil menyelam minum air. Itulah yang dilakukan oleh pihak sekolah. pihak sekolah mengambil kesempatan dengan kedatangan para waris untuk menguar-uarkan kempen 1Keluarga 1 Kerusi bagi menampung kekurangan kerusi akibat patah dan rosak. Para waris boleh memberi sumbangan salam bentuk wang iaitu RM15.00 bagi sebuah keluarga. Hal ini supaya pihak sekolah dapat membeli kerusi yang seragam untuk kegunaan murid SK Pengkalan Jaya.


    
Alhamdulillah program melangsung dengan jayanya. Hanya 43 orang waris sahaja yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Ibu bapa yang datang pula diberi kemudahan untuk membawa pulang anak masing-masing agar dapat memudahkan urusan mereka. Program berakhir sekitar jam 12.45 tengah hari.

Foto-foto Sekitar Penyerahan Bantuan Awal Persekolah 2023.
























 Kelihatan wajah-wajah ceria para ibu bapa menerima wang BAP. Tahniah diucapkan.

#skpjdihati
#skpjts25kohot7


Previous Post Next Post